Orientasi

Assalamu'alaikum.

*fuhh, double update setelah lama tak blogging

Yaa. Yaa. Aku kat sini. Ada yang mencari ke?* blah la kau perasan je lebih. See? Kali entri pasal MPPB. Minggu Pengurusan Pelajar Baharu. MPPB ni stand for orientasi masa awok-awok ada kat matrik. Yeah.

Ceritanya bermula begini..

Satu minggu orientasi. Bapak kau. Aku paling meluat menyampah plus plus bila dengar je minggu orientasi. Taktaulah hampa lagumana kan, kot ada yang suka kan. Kalau gempak, okeylah jugak. Bisa diterima. Tapi andai kata sebaliknya? Kirim salamlah wey. Haha. Satsat nak recall balik.

...

Senior. Ya. Geng senior yang urus kalau bab-bab orientasi bagai ni. First day aku jejak kat bumi matrik ni, satu family hantar. Ye la. Aku 3 beradik je, memang semua boleh sangat hantar aku masuk kolej. Biasa, first day kan. Adik aku sampai ponteng sekolah sebab nak hantar aku*terharu beb. Okbai. Sebelum aku jejak matrik tu, aku dah dapat dah gambaran awal hidup kat matrik tu, biasalah zaman canggih. Join group Facebook, Whatsapp, like page. Maka, secara langsungnya aku tau la serba sikit pasal kolej tu.

Daftar. Lepas je pendaftaran, checkin bilik*waa dah macam hotel ye kau. Aku sampai awal pagi, so takde siapa lagi yang jejak kat bilik aku tu. Maka aku berhooray lah sebab boleh cop tempat awal. *kalau ikutkan ada no katil and loker yang dah tetap. Tapi biasalah, aku pun ada rahsia. Sshh. Takkan semua pun nak bongkar, kantoilah. Ok. Sebelum tu aku dah tau yang semua roomates aku jumlahnya 4 orang include me. But, ada sorang tu tetiba tak jadi mendaftar sebab dia nak gi belajar kat lain. Soo, end up tinggal kami bertiga dalam bilik tu. Maka seharian tu aku cuma berkenalan dengan roomates baru dan kemas apa yang patutlah. Ceritera orientasi bermula malam tu..

Nak kata ada physical or mental abuse, takde pun. Cuma banyak program pendedahan pasal matrik and so on. Kadang-kadang ada jugak selit aktiviti ringan. Main-main, nyanyi-nyanyi*teringat masa praktis lagu kolej. Haha. Pastu dapat pulak member club baru. Aku ingatkan kelab apa ditubuhkan, rupanya KMM. Stands for kumpulan mentor mentee*lahai teringat masa sekolah. Setiap KMM dah dibahagikan, lelaki and perempuan dannn ada sorang lecturer sebagai mentor. Club member aku punya mentor Ms.Naiem. Miss lagi kauu. Muda lagi, tapi dia pesan dah masa belajar , mengajar dia memang strict sikit. Tapi aku senang je dengan dia. Maklumlah darah muda gitu. Tak lama sikit, baru aku dapat tau yang grup KMM tu rupanya merangkap classmate tutoran jugak. Hoho. Maka, aktiviti suai kenal pun bermula. Oh ya! Minggu tu memang tak belajar, kita start belajar minggu selepas itu.

Btw, pasal nak tukar modul or what. Semuanya perlu diuruskan dalam minggu tu jugak. Masa aku tu la, diaorang cakap ada had. Tapi aku tengok, ramai yang mintak tukar modul lulus je. Harharhar. Next sem ni aku tak tau lah boleh tukar lagi ke tak. Sebab aku dulu tak tukar, walaupun dapat modul yang aku tak harapkan*dah kau malas. Tapi tu lah kan, perancangan yang Maha Kuasa lagi berkuasa :) . Dan aku rasa yang tu je kot aku nak share pasal MPPB. Next entri mari kita bersua dengan kehidupan sehari-hari aku di matrik. Its what they called 'Matric's Life'. Tu je kot takat ni. Annyeong. Ah, btw aku pelajar jurusan modul 2 PST. Hehe.

P/s; bagi student matrik ni, mesti tau punya gambaq ni. Hoho

Comments

Popular posts from this blog

an entry from the draft *emojijulingmatakeatas

Flows of Life