an entry from the draft *emojijulingmatakeatas

Assalamu'alaikum.

Hey semua! dah bersawang-sawang dah laman aku yang satu ni *err, dok berhey-hey pulak dia ni*. Haha. Last entri aku 5 months ago. Agak lama la jugak en.

Emm.

Asal aku dah bukak new post, mesti tetiba idea terbang pergi. Padahal sebelum ni berkobar-kobar semangat nak menulis entri baru. Sokay, jap eh. Ermm.

Hah.

Ramadhan.

Plus.

Syawal.

Entri yang sedang ditaip ni adalah pada 4 Julai 2016 bersamaan 29 Ramadhan 1437 H. Ikutkan kalendar, esok last puasa. Tapi kot cela-celah mana pun, kena konfemkan tengok anak bulan dulu en?

Hari-hari terakhir ginilah, makin ramai yang sibuk, berkejar-kejaran nak siapkan segala macam hal. Prepare kuih raya la, kemas rumah la, shopping barang baru baju baru la, dan seangkatan dengannya. Banyak betul benda nak buat kan? Ye la. Esok lusa dah nak sambut Syawal. Memang la kemeriahan Syawal perlu dirasa, perlunya diraikan, but takkan senag-senang je kau nak lupakan Ramadhan yang kian mengundurkan diri? Aku if bolehlah, nak je tanya "Dah rasa konfem ke kau nak jumpa lagi Ramadhan akan datang?". Tapi keyakinan aku masih di tahap so-so. Agak kecut sebenarnya disebabkan diri aku sendiri pun selalu saja lalai dan leka. Nak cakap tapi kang orang kata "Macamlah kau tu buat sangat".

Fine. I admit it. Aku pun masih banyak kekurangan. Kesedaran kerap kali ada, tapi kemahuan dan usaha masih kurang. Aku suka bagi nasihat kat orang. Tapi bila kat diri sendiri, kekadang failed. Err.

Satu je nak pesan, biarlah at least teraweh kau masih lagi on di hari-hari terakhir Ramadhan tahun ni. Tak guna if awal-awal haritu, berlumba bersemangat gi teraweh tapi bila dah nak raya, kau abaikan so-so gitu je. Amalan aku pun tak la selengkap mana, tapi di hati terkilan jugak bila malam-malam terakhir ni ada orang update gi shopping lah bagai then teraweh last pun tinggal! errr. kbai.

p/s: entri ni hampir 3 bulan bersawang dalam draf

Comments

Popular posts from this blog

Flows of Life

Orientasi