Selangkah ke Hadapan
Assalamu’alaikum,,
Dear beloved readers,*cewah
Selangkah ke hadapan? Wonder why aku letak tajuk tu walaupun
aku sendiri masih belum bertemu arah tuju yang sebenar. Hehe. It’s nothing to
say, bila hati aku tetiba tergerak nak tulis entri ni memandangkan sekarang
musim kanak-kanak lepasan SPM/STPM or setaraf sibuk terkejar-kejar ke sana dan
ke mari. Aku? Lepasan SPM jugak. Tapi aku tak terkategori dalam those yang
terkejar-kejar ke sana ke mari tu. Ye la. Based on SPM’s result is a fact but
there is a few facts or reasons why aku tak macam diaorang. Nowadays,
kawan-kawan aku ramai je yang busy. Pergi iv lah kebanyakkannya. Untunglah kan
jadi diaorang*cry face. Pergi iv merata ceruk. Aku ni satu habuk apa pengalaman
pun takde about iv. Iv tu apa? Interview. Kot la ada yang taktau. Hehe. Tapi
aku tak kisah sangat pasal tu, dah nama pun rezeki masing-masing kan. Okey dah.
Selangkah ke hadapan? Ceyh, berapa
kali mau ulang daa.
Mana tau entri aku ni, ada bebudak
mana nak baca kan tambah-tambah yang tak lepasi fasa persekolahan lagi tu. Tak
kira la prasekolah, sekolah rendah or mana-mana peringkat umur pun. Maklumlah,
kemudahan teknologi zaman sekarang kan canggih? Andai dulu aku masih tak
mengenal apa itu telefon bimbit or apa itu computer, bebudak sekarang umur 4
tahun pun dah kenal apa itu telefon pintar, laptop. Aku taktaulah konklusinya
macam mana nanti. Yang paling paling sure, mati itu pasti. Kan? Ermm, tetiba ja
aku rasa nak lari tajuk dah ni, huhu.
Selangkah ke hadapan. Tengok? Ulang
lagi, haish.
Semua sedia maklum, bila
masing-masing dah habis paper last exam SPM tu, pakat riuh bebas. Merdeka apa
bagai tu. Picisan sebentar, “BEBAS? Sementara sahaja tu. Kita cuma bebas
daripada kebebasan alam persekolahan je. Nak enjoy? Silakan. Tapi, make sure
sambil enjoy tu preparekan diri untuk menempuh alam baru” . Huwaaaaa! Nak
nangis aku. Nasihat ikhlas dari aku, sebaiknya manfaatkanlah masa selepas SPM
tu dengan sebaik-baiknya, dengan sefaedah-faedahnya. Jangan jadi macam aku yang
takde hala tuju ni. Entah berjuta-juta kali pi dengaq ceramah, motivasi, tapi
still takde matlamat sebenar. Eh, bukannya aku tak pernah ada cita-cita
langsung. Ada je, tapi disebabkan keputusan yang memuaskan tu aku terpaksa
melupakan cita-cita aku tu sebentar (memuaskan je la bukan agak memuaskan or
paling memuaskan, okey?). Cewah. Aku cuba mencari cara lain untuk capai
cita-cita yang satu tu. Apa? Ada le. Hahaha.
Lepas SPM tu, maybe masing-masing
berehat bercuti kejap bersama family. Lepak-lepak dengan kawan, kerja tambah
duit poket, kan? Sambil-sambil tu tunggu nak isi permohonan UPU. Dah isi tu,
nak kena tunggu pulak dalam 2 ke 3 bulan. Lepastu, kena cari alternative lain
sama means isi permohonan kat mana-mana institute pengajian lain. Untuk apa?
Back-up UPU. Ye la, tak semua yang kita nak kita boleh capai. Ikut rezeki
la,beb. Hehe. Ada je yang results gempak giler, tak dapat UPU. Maybe sebab dia
layak ke luar Negara, mana tau kan? Tapi, takyah risau gelisah cemas. Macam aku
kata, semua tu rezeki Allah nak kasi. Keep calm and du’a je banyak-banyak. Ha,
yang aku kata about isi permohonan back-up yang lain tu. Boleh je try mintak
mana-mana IPTS. Yuran mahal? Hmmmm. Yang tu aku pun taknak komen bebanyak. It’s
normal for IPTS. Andai dah giler kemaruk sangat nak masuk mana-mana IPTS,jangan
risau. Biasiswa kan hader? Pinjaman kan hader? Lainlah mak bapak kaya :). Selain daripada nak
mohon IPTS,ada je lagi institute pengajian yang lain. Kena pandai google lah.
Kata dunia tanpa sempadan? Whatsapp, Facebook, Twitter pandai guna takkan si
Google tak pandai manfaatkan pulak? Tak pun, joinlah apa-apa group yang
melibatkan lepasan SPM apa semua or rujuk kaunselor sekolah, maybe? Banyak
cara,dear. Kita kena usahakan jugak.
And finally, sampailah kepada
peringkat aku sekarang ni. Tinggal beberapa hari je lagi nak tau keputusan
permohonan UPU. Memang ramai je yang tunggu ni, saat-saat yang paling
dinantikan. Bukannya apa, hati aku ni tengah berbelah bagi nak ke matrikulasi
or not? And bila tanya kengkawan, majority nak tunggu UPU dulu. So, aku pun
ikutan tunggulah. Lagipun, tarikh ke matrikulasi masih berbaki. Hewhew. Depends
on what yang aku dapat UPU nanti, then baru nak boleh decide. Kenapa aku taknak
masuk tempat lain? Simple. Mak aku act tak kasi pergi jauh-jauh sedangkan aku teringin
merantau. Cewah. Mak mana tak berat hati nak lepaskan anak pergi jauh-jauh
tambah-tambah anak manja. Hiks. Mungkin orang nampak aku anak manja. Tapi
factnya, kakak and adik aku pun anak manja. Masing-masing tak pernah distant la
weyh. Yang pernah paling jauh setakat ni, aku lah. Stay kat asrama. Tu pun
asrama yang still around the area my home. Huhu. Tiap-tiap minggu jumpak je
parents aku. Dah rumah dekat, senang melawat. So, pernah la jugak terdetik
andai aku pergi belajar jauh, no more every weekends parents family datang
jenguk. Diri sendiri kena menghitung hari nak balik. Berdikari.
Ada je aku apply banyak
tempat-tempat lain, tapi kalau sampai surat tawaran pun, memang parents aku tak
kasi. Still asks to wait for UPU. Pilihan yang confirm dapat sokongan parents
aku;, UPU, Matrikulasi, Form Six, IPG and nak senang masuk je mana-mana tahfiz
al-Quran. Yeah! Pilihan last tu memang terbaik, tapi hati aku ni 50-50. Sedih,
kan? Padahal pilihan tu yang lebih afdhal act. IPG? Ada je aku mohon, siap pergi
UKCG lagi tapi nak iv tu bukan rezeki aku. So, ketepikan. Form Six? Dah
ditawarkan matrikulasi, tak dapat dah ler. Nak jugak boleh je buat rayuan.
Tapi, aku taknak. Hihi. Even orang kata hidup kat matriks tough, aku tetap
prefer matriks. Better pergi rasai sendiri tough ke tidak. Lain orang, lain
pengalaman, lain pendapat ye. Got it? Rasanya apa yang aku membebel entah apa
kat atas tu macam takde kaitan ja dengan tajuk tu. Tak kisahlah gena pun. Janji
aku puas hati. Puas sebab dapat berbicara melalui keyboard ni. Ada ke orang
baca? Lantaklah. Huhu. Tata.
Background music; Satu Hari Nanti by NajwaLatif
Sekian,:)
Wassalam.
Okelha dpt matrik... Goodluck
ReplyDeletetenkiuu,, insyaAllah :)
Delete