Fashionista !
Assalamu'alaikum,
Ehem3x. Test. Test. Haha. Poyo ja bunyi tu. Selamat malam semua ! Tonight, I wanna talk bout fashion. Fuhh, bunyi fashion tu macam tak sesuai ja dengan aku. Ah, tak kisahlah cemana pun. Sesuai ke tidak dengan aku, ini bukan satu permasalahan yang aku nak kata malam ni. Tajuk tu "FASHIONISTA" ? Saja je. Nak bagi bunyi menarik sikit. Hoho. Dah, stop. Berbalik kepada asalannya. Rasanya semua orang aware kot dengan fesyen? *tak semua sebenarnya. Bagi yang aware tu tahniah la aku ucapkan sebab korang memang up-to-date kan? Bagi yang tak berapa nak aware tu, tak payah nak risau, gelisah, cemas apa bagai. Tak rugi. Tak untung pun. Sebut pasal fesyen, mesti ada ja banyak pendapat. Dan aku pun nak jadi salah sorang jugak yang bagi pendapat tu*huhu.
Tak up-to-date? Gaya kekampungan? Ketinggalan zaman? Aaah. That words just annoyed me. Dah macam part drama Melayu dah aku tengok. Bukan aku nak kata. Tapi perasan tak yang fesyen yang menjadi trend sekarang ni bukanlah satu fesyen yang baru. Bukanlah satu fesyen yang baru direka cipta bagai tapi kebanyakannya based daripada zaman dulu-dulu. Macam throwback fesyen zaman dulu je. Just ditambah rencah ja nak bagi perfect sikit. Contohnya, corak polka dots tu*feymes jugak 3-4 tahun lepas, skirt labuh nak macam duyung tu and etc etc lah. Aku rasa rencah yang ditambah maybe dari segi warna kot. Kalau dulu maybe warna tak berapa variasi sangat. Tapi era sekarang, mintak je warna yang kita nak. Confirm boleh dapat. Eh, ye ke? Whateverlah. Btw, korang faham tak apa yang aku cuba nak sampaikan pasal fesyen zaman dulu yang diadaptasi tu? Buat-buat faham pi lah*act, aku pun dah pening. Huhu. Abaikan.
Diringkaskan cerita, tak kisahlah korang nak berfesyen macam mana sekalipun. Yang pasti for those muslim's women, please behave dalam cara korang berfesyen tu. Macam aku kata. Tak salah kalau nak ikut trend, tapi make sure trend yang korang ikut tu based on syariat Islam. Dalam Islam, ada etika berpakaian kan? Rasanya yang ni semua orang tau. Right? Aku pun ada lah jugak 'dok perati' trend sekarang*helo?Aku pun girl jugak okey. Terdetik jugak rasa nak up-to-date*cewah. Tengok punya tengok, banyak trend sekarang dah jauh tersasar daripada landasan. Fuhh. Contoh aku bagi, jubah dan dress labuh.
"Jubah? Waahhh. Cayalah. Pakai jubah kot,"
"Alim weh. Pakai jubah,"
Time tu aku baru nak menginjak ke alam sekolah menengah. Aku rasa sebelum ni, anggapan terhadap orang yang pakai jubah memang (Y)*nak buat thumbs up sebenarnya. Memang jaranglah nak nampak orang pakai jubah. Selalunya, nak kalau nampak orang pakai jubah ja mesti tudung labuh. Asal tudung labuh ja mesti pakai jubah*huhu. Anggapan aku lah. Sebab aku alami situasi macam tu. Taktau lah kot korang punya situasi macam lain. Then, bila dah menginjak dewasa ni. Trend pun semakin berleluasa. Ramai dah pakat pakai jubah , dress labuh. Alhamdulillah. Sejuk hati tengok*haha cewah. Tapi sayang sebab kebanyakkannya pakai macam tu semata-mata nak ikut trend. Aku tak kata semua pun kan? Jangan panas hati kat aku sudahlah. Suka hati jugak aku bila tengok jubah or dress labuh yang diaorang jual tu. Tapi ada jugak yang mendukakan hati aku bila tengok jubah or dress labuh yang dijual ikut bentuk badan means shape. Faham? Terasa hati dirobek-robek. Ah, sudah. Tak payah nak berdrama kat sini. Terobek hati bagai. Sorry.
Ada lagi. Bukan takat shape saja, tapi ada jugak yang overall nampak okey dah tapi di bahagian pinggang dibuat cutting kembang. Maksud aku shape sikit kat pinggang. Ala-ala princess gitu*haha. Eh, bukan princess pakai gaun kembang ke?Tapi la kan kot yang mana badan kecik tu boleh la jugak nak accept pakai cutting tu. Maybe tak berapa perasan kan. Maklumlah badan macam lidi*hehe. Pastu ada lagi, yang dah cukup perfect dah tapi terlebih labuh pulak. Sampai menyapu lantai. Penyapu hilang ke? Haihh. It's better untuk kita ni ladies labuh pakaian tu takat buku lali je. Tak payah la sampai mencecah tanah. Kan nanti nak solat?Then, biarlah jubah or dress labuh tu tak jarang okey? Kalau jarang jugak pakailah inner, petticoat apa bagai tu. Biarlah tertutup sempurna. And lagi perfect kalau korang melabuhkan tudung melebihi dada. Sebab korang tu dah comel dah pakai jubah yang perfect longgar, tak jarang. Dah cun tu, takkan nak lilit tudung tak melepasi dada kot?
Hah! Satu lagi nak pesan. Kita berpakaian menutup aurat tu biarlah ikhlas kerana Allah. Bukan kira nak ikut trend or nak orang sanjung. Hati-hati ya. Jangan sampai terpesong aqidah sudah. Aku ni sekadar nak mengingatkan ja termasuklah ingatkan diri sendiri ni. I'm not perfect enough to be a good muslimah. Aku pun masih kekurangan ilmu. Banyak lagi yang perlu dipelajari. Nak tau lebih lanjut pasal hukum dalam pemakaian, sila klik sini . Aku saja search tadi lepastu terjumpak. Nak terang banyak, aku pun tak berapa nak tau. Takut tersalah. Huhu.
Mohon tengok contoh #1 dan #2. Aku google ja gambar ni. Kartun senang sikit. Kan? Lagipun nak kena jaga jugak aurat orang. Rasanya antara #1 dan #2 tu tak banyak beza sangat kan? Lebih kuranglah. And it's about hijab tu. Tak lepasi dada lagi tu. Tak boleh! Kita bukan nak suruh pakai tudung labuh yang bidang besaq tu pun. Tapi kalau nak pakai pun boleh aja.Tak paksa. Just nak mintak labuhkan tudung ja. Lagipun sekarang ni tudung yang bidang kecik pun kita boleh adjust bagi labuh melepasi dada. Right? Aku tau la. Dah pernah try*huhu. Ha, bila tengok lagi kat #1 dan #2 tu, maybe kat bahagian baju kot. Yang #1 tu nampak macam shape sikit but #2 macam kurang sikit. Kadang tu bergantung jugak saiz badan yang memakainya. Kan? Take note balik eh?
#1 |
#2 |
Mohon tengok contoh #1 dan #2. Aku google ja gambar ni. Kartun senang sikit. Kan? Lagipun nak kena jaga jugak aurat orang. Rasanya antara #1 dan #2 tu tak banyak beza sangat kan? Lebih kuranglah. And it's about hijab tu. Tak lepasi dada lagi tu. Tak boleh! Kita bukan nak suruh pakai tudung labuh yang bidang besaq tu pun. Tapi kalau nak pakai pun boleh aja.Tak paksa. Just nak mintak labuhkan tudung ja. Lagipun sekarang ni tudung yang bidang kecik pun kita boleh adjust bagi labuh melepasi dada. Right? Aku tau la. Dah pernah try*huhu. Ha, bila tengok lagi kat #1 dan #2 tu, maybe kat bahagian baju kot. Yang #1 tu nampak macam shape sikit but #2 macam kurang sikit. Kadang tu bergantung jugak saiz badan yang memakainya. Kan? Take note balik eh?
#3 |
#4 |
Bawah ni ada entri yang aku rasakan lebih baik daripada entri aku. Jemputlah tengok :)
Tudung Akhir Zaman
That's all for tonight. Tata.
Background sound: Sesekali Diuji by NICE
Background sound: Sesekali Diuji by NICE
Comments
Post a Comment